Pages

Monday 3 September 2012

DIDIK HIBUR


Pengajaran dan pembelajaran yang menarik memerlukan teknik dan strategi yang pelbagai. Untuk meransang dan menjadikan proses pengajaran dalam kelas pemulihan lebih menghiburkan, guru boleh menggunakan teknik nyanyian. Nyanyian merupakan salah satu aktiviti yang disarankan dalam dididk hibur yang melibatakan perkembangan kreatif dan daya estetika. Aktiviti nyanyian yang dirancang dapat menyumbang kepada proses perkembangan murid-murid secara menyeluruh meliputi perkembangan intelek, emosi, sosial dan fizikal. Dua kemahiran yang ditekankan adalah aktiviti menyebut seni kata lagu dengan jelas, manakala kemahiran kedua ialah murid dapat memahami seni kata lagu melalui persembahan nyanyian.

 Elemen Didik Hibur dalam Aktiviti Nyanyian
  • Santai – Mendengar lagu dan membaca senikata lagu yang digemari.
  • Lucu – Mengubahsuai seni kata lagu mengikut jalan tema sendiri.
  • Seronok dan gembira – Banyak aktiviti nyanyian dan gerak badan.
  • Semangat mencuba – Usaha murid untuk menghasilkan cerita ringkas daripada tema atau perkataan dalam senikata lagu berkenaan.
  • Tidak takut – Guru turut menyanyi bersama-sama murid.
  • Tidak stres – Murid berasa usaha mereka dihargai guru dan rakan-rakan.


Di bawah merupakan contoh lirik lagu yang dihasilkan sendiri oleh penulis yang boleh dijadikan panduan kepada guru-guru lain untuk mengajar dalam kelas pemulihan.


NYANYIAN KANAK-KANAK

Adik Rajin Membaca

Adik bangun pagi
Terus gosok gigi
Mandi bersih-bersih
Untuk ke sekolah
  
Adik rajin membaca
Boleh cepat berjaya
Adik besar nanti
Jadi insan berguna

(Dinyanyikan mengikut rentak lagu ‘Air Pasang Pagi’)

Langkah Penggunaan
  • Guru akan memaparkan lirik lagu  ‘Adik Rajin Membaca’ menggunakan slide power point yang telah guru hasilkan.
  • Guru akan memasang minus one lagu ‘Air Pasang Pagi’ untuk dinyanyikan menggunakan lirik ‘Adik Rajin Membaca’.
  • Guru akan menyanyi, kemudian murid akan mengikut nyanyian guru.
  • Seterusnya, guru membiarkan murid bernyanyi beramai-ramai.
  • Guru menutup slide yang memaparkan lirik lagu ‘Adik Rajin Membaca’. Kemudian, guru meminta murid mengeja perkataan KV+KVK yang terdapat dalam lirik lagu tersebut seperti ‘rajin’, ‘gosok’, ‘cepat’, ‘boleh’ dan ‘besar’.
  • Murid yang berjaya mengeja akan diberikan token


Nilai Murni
  • Lirik lagu tersebut mengajar murid supaya menjaga kebersihan. Murid perlu menggosok gigi dan mandi sebelum ke sekolah.
  • Murid perlu rajin membaca untuk menjadi pandai
  • Orang yang berilmu pasti berjaya.
NYANYIAN KANAK-KANAK

Rasa Gembira
  
Rasa gembira eh
Rasa sangat gembira eh
Hey, tolong emak memasak
Rasa sangat gembira eh
  
Kucing jinak lari terjatuh
Nampak payah daki tangga
Saya anak yang patuh
Emak ayah pasti bangga

(Dinyanyikan mengikut rentak lagu ‘Rasa Sayang’)


Langkah Penggunaan
  • Guru akan menulis lirik lagu  ‘Rasa Gembira’ di papan putih.
  • Guru akan memasang minus one lagu ‘Rasa Sayang’ untuk dinyanyikan menggunakan lirik ‘Rasa Gembira’.
  • Guru akan menyanyi, kemudian murid akan mengikut nyanyian guru sambil bertepuk tangan.
  • Seterusnya, guru membiarkan murid menyanyi secara berpasangan.
  • Guru memadam lirik lagu ‘Rasa Gembira’. Kemudian, guru meminta murid mengeja perkataan KV+KV yang terdapat dalam lirik lagu tersebut seperti ‘rasa’, ‘lari’, ‘saya’,  dan ‘daki’.
  • Murid yang berjaya mengeja boleh pulang ke kelas.


Nilai Murni
  • Murid mesti rajin menolong ibu bapa membuat kerja rumah.
  • Setiap murid harus taat dan patuh pada kedua ibu bapa.
  • Lirik lagu tersebut mengajar murid agar sentiasa bersikap gembira .
  • Ibu bapa akan bangga jika anaknya rajin belajar.


Wednesday 29 August 2012

BELAJAR SAMBIL BERMAIN


Dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek pemulihan, aktiviti bermain merupakan salah satu langkah yang perlu ada. Pelbagai aktiviti bermain yang boleh digunakan untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam suasana yang menarik dan menyeronokkan. Malah, murid-murid dapat bekerjasama dan aktif melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti permainan dapat meransang dan menarik minat murid untuk belajar. Di bawah merupakan contoh aktiviti permainan yang boleh digunakan oleh guru pemulihan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murd-murid pemulihan.

                                                  Permainan 1: MIX N MATCH BAGI PERKATAAN KV + KVK


Langkah 1 : Meletakkan suku kata KV dan KVK secara berterabur


Langkah 2 : Mencari padanan yang sesuai bagi suku kata KV dan KVK untuk membentuk perkataan bermakna


Langkah 3 : Menggabungkan suku kata KV dan KVK untuk membentuk perkataan bermakna


 MIX N MATCH BAGI PERKATAAN KVK + KVKK


Langkah 1 : Meletakkan suku kata KVK dan KVKK secara berterabur 


Langkah 2 : Mencari padanan yang sesuai bagi suku kata KVK dan KVKK untuk membentuk perkataan bermakna 


Langkah 3 : Menggabungkan suku kata KVK dan KVKK untuk membentuk perkataan bermakna


Permainan ini boleh di ubah suai untuk kemahiran-kemahiran membaca perkataan yang lain. Ianya merupakan salah satu permaian yang dapat menguji ketangkasan pemikiran murid untuk mencari padanan suku kata yang boleh membentuk perkataan yang bermakna.

PERMAINAN 2: BINGO RODA BERGAMBAR


Langkah 1 : Menghasilkan papan roda berputar yang mempunyai pembahagian 


Langkah 2 : Melatakkan gambar atau perkataan bagi kemahiran KV+KV+KVKK 



Langkah 3 : Menyediakan kad bingo untuk dibekalkan kepada setiap pemain

Permainan ini boleh dimainkan secara individu atau berpasanagn. Pemain yang memulakan permainan akan memutar roda. Anak panah yang berhenti pada gambar atau perkataan yang tertera pada roda, perlu dihitamkan pada kad bingo setiap pemain. Permainan diteruskan sehingga salah sorang pemain dapat  menghitankan  satu garisan sama ad secara melintang, menegak atau berpenjuru. Pemain pertama yang berjaya melakukannya dianggap pemenang.








Saturday 25 August 2012

KAEDAH PANDANG SEBUT

Bagi murid yang telah mengenal huruf, kemahiran membaca perkataan KV+KV boleh diajar. Kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar perkataan  KV+KV yang merupakan suku kata terbuka boleh diajar menggunakan kaedah pandang sebut. Gambar-gambar di bawah menunjukkan cara bagaimana mengajar menggunakan kaedah pandang sebut.




Langkah 1 : Memaparkan gambar bagi perkataan KV+KV


Langkah 2 : Menggabungkan abjad bagi membentuk perkataan


Langkah 3 : Menggabungkan suku kata KV bagi membentuk perkataan KV+KV 


Langkah 4 : Memaparkan perkataan KV+KV bersuku kata terbuka yang lengkap


Langkah 5 : Mengajar ayat mudah dengan menggabungkan dua perkataan KV+KV








Tuesday 21 August 2012

KAEDAH ABJAD

Salah satu antara 33 kemahiran yang perlu dikuasai dalam kemahiran membaca ialah mengenal abjad. Pelbagai kaedah boleh digunakan oleh guru pemulihan untuk mengajar mengenal abjad sama ada kecil atau besar. Antara kaedahnya ialah melalui nyanyian, kaedah abjad dan juga kaedah fonik. Gambar-gambar di bawah merupakan salah satu kaedah pengajaran untuk mengajar murid pemulihan mengenal abjad iaitu Kaedah Abjad.







Kaedah Abjad ini memudahkan murid mengenal abjad dengan lebih jelas. Huruf-huruf yang sama seperti dalam gambar menyebabkan murid mudah terkeliru. Dengan itu, warna yang berbeza akan memudahkan murid mengingat dan dapat membezakan huruf-huruf yang hampir sama ini.



Friday 17 August 2012

KEMAHIRAN PENGAMATAN

Bagi murid pemulihan, sebelum mengajar asas kemahiran membaca, adalah penting untuk menguji kemahiran pengamatan mereka. Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh dikembang dan dipelajari. Sungguhpun ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak, ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran. Terdapat 15 kemahiran pengamatan antaranya ialah mencari jalan keluar, diskriminasi yang ganjil, mengingat kembali dan sebagainya. koleksi gambar-gambar di bawah boleh menguji kemahiran pengamatan murid-murid pemulihan.



Cari seorang wanita, beruang, serigala, burung, kepala kuda dan kepala harimau.


Cari muka manusia yang tersembunyi.